Sunday, August 30, 2015

Motivasi Pembinaan dan Pemantapan Sahsiah Murid Tahun 5

SK BERANANG : KHAMIS, Demi memanjukan lagi perkembangan sahsiah anak-anak didik di sekolah ini, guru penyelaras Tahun 5 dan guru-guru lain telah berkerjasama dengan unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengadakan program seumpama ini.
Program selama 2 jam setengah ini bertujuan menyuntik kefahaman kepada murid bahawa hidup kita selaku manusia di dunia ini hanyalah sementara. Paparan gambar beberapa orang murid sekolah rendah yang telah meninggal dunia merupakan satu fakta yang konkrit. Dari itu, seseorang manusia tidak boleh membiarkan hidupnya tanpa matlamat. 

Aktiviti selingan menambah erat hubungan sesama mereka disamping menilai sejauh mana kerjasama yang mampu mereka berikan untuk mencapat target dalam sesuatu pekerjaan.

Program di ikuti dengan ceramah motivasi, menimbul semangat dan kesedaran diri untuk terus menjadi hamba yang Soleh dan Solehah, anak yang membahagiakan kedua ibubapa dan murid yang cemerlang.

 En.Noorhisham, selaku guru Bimbingan menggunakan teknik hipnoterapi, teknik hipno ertinya membawa audien masuk ke alam relaksasi, ini bertujuan supaya mereka kembali tenang, relaks dan aman damai. Kemudian mengajak masuk ke minda alam alfa. Dari sini, audien di ajak merenung kembali masa lalu, mengingati tujuan hidup ini dan membina langkah menuju masa depan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Konsep ini dikatakan jauh lebih berkesan berbanding dengan azam biasa seorang murid. Dr Fadhilah Kamsah mengatakan kesannya adalah 10 kali ganda. Kerana konsep membina impian melalui bayangan, imagine, imaginasi adalah sangat kuat pengaruhnya.


Ceramah susulan siri 2 akan muncul untuk memberi kefahaman lebih mendalam.

Thursday, August 27, 2015

Vle Frog Bina Web

Guru-guru SK Beranang hari ini belajar cara-cara membina webpage bagi guru-guru.
KLik 

Tuesday, August 25, 2015

Sambutan Bulan Patriotik dan Kemerdekaan

SK BERANANG. 24 Ogos 2015. Murid-murid SK Beranang telah membuat persembahan nyanyian lagu Patriotik dengan meriahnya. Persembahan ini dipimpin oleh Cikgu Hasan yang merupakan guru muzik dan antata 'orang lama' di sekolah ini.

Dengan kemahiran bermain alat muzik, anak-anak dilatih dengan begitu sempurna untuk mengikut rentak lagu tersebut. 

SK Beranang cukup bertuah dikala ini. Semoga hasrat murni murid-murid untuk menjadi insan berjaya lebih mudab tercapai. Begitu juga dengan impian guru-guru SK Beranang semua.

Friday, August 21, 2015

Kelas-kelas 2015

Admin cuba mengumpul gambar-gambar kelas tahun 2015. Untuk setakat ini kelas 5 Excellent sahaja yang baru berjaya dirakam.

Majlis Perpisahan Tn Hj Ishak

Warga SK Beranang mengucapkan selamat jalan dan maju jaya kepada Tn Hj Ishak diatas perlantikan sebagai Guru Besar di SK Pandan Perdana.

Beliau yang merupakan GPK Akademik di sekolah ini sejak Januari lalu ditakdirkan tidak dapat berada lama di sini sekalipun SK Beranang sudah dekat di hatinya.

Bijak Matematik Bersama Abang Aidil dan Kak Aisyah

BERANANG : Merasa bersyukur atas nikmat kurniaan Tuhan, diberikan otak yang bijak dalam belajar, terutamanya matematik, Aisyah dan Aidil mengambil inisiatif untuk mengajar anak-anak di SK Beranang.

Mereka merupakan bekas murid En.Noorhisham dengan rela hati datang untuk membantu adik-adik di sekolah ini.

Aspek pengajaran ialah teknik mendarab dua digit. Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada dua beradik ini semoga Allah Taala memberikan kelapangan rezeki dimasa hadapan.

Thursday, August 20, 2015

Motivasi Tahun 6 2015

BERANANG : Seramai 90 orang calon UPSR 2015 Sekolah Kebangsaan Beranang hari ini disajikan dengan motivasi dalaman oleh kaunselor sekolah. Program selama 2 jam setengah ini turut menjadi penyuntik semangat, penambah kecerdasan dan pemfokusan murid lebih dalam. Sisa-sisa hari yang masih ada ini, harap dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kejayaan dan kebahagiaan masa depan diri sendiri.

Terima Kasih kepada guru penyelaras tahun 6, Pn Morni Hanim bt Salleh yang membantu dan juga team guru-guru tahun 6 yang berdedikasi.  
Ucapan harapan dari penyelaras Tahun 6

Slot aktiviti selingan

Slot menghiburkan sambil belajar

Slot berbicara dengan diri sendiri

Slot terakhir mencuit hati dan perasaan



Tuesday, August 18, 2015

SK Beranang Tuan Rumah Kursus PJK

Beranang : Beberapa buah zon terlibat dengan kursus yang diadakan di sini melibatkan guru-guru PJK.

Kursus selama 2 hari ini turut diisi En Qayyum selaku JU PJK.

Monday, August 17, 2015

Anak Yatim Miskin dapat Hadiah Basikal

BERANANG. 17 Ogos 2015. Pihak Telekom Malaysia dengan setulus hati telah mendermakan 10 buah basikal bagi kegunaan anak-anak murid SK Beranang yang terdiri daripada murid yatim dan miskin.

Puan Sofiah Adnan selaku guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Telekom Malaysia dan berharap jika ada sumbangan lagi, boleh lah menyenaraikan nama SK Beranang. Hingga saat ini, sekolah ini amat memerlukan meja belajar yang baru, memandangkan meja yang ada sudah usang.

Semoga warga kerja pihak telekom mendapat ganjaran pahala yang besar dan mendapat rahmat seluas-luasnya diatas bantuan ini.

Saya Berhak Berjaya

Dikala ini, calon-calon UPSR seluruh negara sedang bertungkus lumus menyiapkan diri untuk menghadapi ujian paling besar dalam hidup mereka di sekolah rendah.

Sebahagian murid mendakwa mereka merasa tertekan disaat-saat seperti ini. Adalah disarankan agar calon UPSR dapat meluangkan masa untuk beriadah pada waktu petang. Belajar, ulangkaji dan berdoa lah setiap masa.

Saturday, August 15, 2015

10 buah basikal sumbangan Telekom

SK Beranang sangat bertuah kali ini, 10 buah basikal sumbangan Telekom bakal menjadi milik 10 orang murid terpilih dari golongan yatim dan miskin.

Mudah-mudahan anak-anak yang terpilih ini menjadi anak,murid yang berjaya, bertambah rajin dan semangat untuk ke sekolah.

Ini tidak termasuk 2 buah basikal hadiah Nilam yakni untuk pembaca buku terbanyak tahun ini.

SKB bakal Kehilangan Seorang Guru


Berita kenaikan pangkat Tn Hj Ishak sebagai Guru Besar ke SK Pandan Perdana adalah berita sedih buat warga SK Beranang. Beliau merupakan salah seorang PK Akademik yang disenangi ramai, namun takdir menentukan detik perpisahan ini pasti berlaku. Tahniah untuk Tn Hj Ishak diatas perlantikan ini semoga dapat menjadi pentadbir yang terbaik dalam daerah Hulu Langat.

Dalam pada itu, Pn. Norliza pula dikhabarkan akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji Isnin ini. Warga SK Beranang turut mengiringi doa agar pemergian beliau mendapat rahmat, redha dan pemeliharaan Allah Taala. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Friday, August 14, 2015

Motivasi Pagi Jumaat

Kehidupan yang ada, anda harus teruskan. Ingat sentiasa, kita diajak siang malam pagi petang untuk menjadi insan yang berjaya. Hayya 'alas solah, hayya 'alal falah, kalimat agung berkumandang serata ceruk dunia, mengajak kita menjadi hamba yang berjaya. Bukan sekadar berjaya dalam satu bidang tertentu seperti dalam perniagaan dan pembelajaran, bahkan berjaya menjadi hambaNya yang diredhai.

Sudah tentu ada caranya, ada metodenya yang membawa kita ke arah kejayaan. Adapun caranya hendaklah belajar bagaimana menjadi hamba yang Dia terima. Seperti pangkat yang diterima oleh Saidatina Khadijah (radhiallahu anhum, wa radhuu anhu) Allah Taala redha pada mereka yakni hambaNya dan mereka pun redha terhadap Allah.

Fadkhuli fi ibaadi..wadkhuli jannati. Maka masuklah engkau ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.

Thursday, August 13, 2015

Tawaran Hadiah kepada pembaca terbanyak

Pusat Sumber SK Beranang menawarkan 2 buah basikal kepada pembaca buku terbanyak tahun ini.

Wednesday, August 12, 2015

Merujuk murid menghadapi masalah

Unit Bimbingan dan Kaunseling menerima klien untuk dirujuk masalah. Guru-guru, ibubapa atau staf sekolah boleh mengisi nama murid dan latar belakang masalah pada borang seperti dibawah.
Bagi yang susah untuk mendapatkan borang ini, anda boleh mengisi di sini secara online

SK Beranang mencari pembekal meja murid

Rabu : Memandangkan banyak meja murid yang telah lama dimakan waktu, usang, tidak rata dan pudar warnanya, pihak sekolah mencari pembekal yang boleh membekalkan meja murid dengan harga RM50.00 ke bawah.

Jika ada diantara tuan-puan yang mempunyai kenalan boleh lah meminta mereka menghubungi whatsapp 0196144040 untuk berurusan.

Ujian Tahun 6

Selasa : Murid tahun 6 hari ini menghadapi ujian pra UPSR.

Tuesday, August 11, 2015