Friday, August 7, 2015

Beranang disuburi dengan tazkirah

Jika waktu pagi, alunan asmaul husna di dendangkan oleh Ustazah Nurul Aini, acara berikutnya disusuli tazkirah oleh Ustazah Norjan. Pagi Jumaat cukup damai, selesa membawa rahmat. semua murid-murid terpaku pada objek yang satu, terdiam oleh suara yang satu, iaitu suara Ustazah Norjan yang membawa tajuk NOte RM10.00.

Suasana seperti ini, sudah pastinya mendapat limpahan rahmatNya, kerana Dia sendiri menganjurkan, fazakkir, fainna zikra tan faul mukminin, maka berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat bagi kaum mukmin, sementara itu, rasul yang mulia pernah bersabda, ballighu anni walauaayah, sampai-sampaikan dari ku, walau satu ayat cuma".

Tahniah atas usaha unit Agama Islam..semoga memberikan manfaat yang terbaik buat anak didik, dunia dan akhirat, serta imbalan yang lebih besar buat yang mengusahakan acara saban 2 minggu ini.


No comments:

Post a Comment