Friday, August 14, 2015

Motivasi Pagi Jumaat

Kehidupan yang ada, anda harus teruskan. Ingat sentiasa, kita diajak siang malam pagi petang untuk menjadi insan yang berjaya. Hayya 'alas solah, hayya 'alal falah, kalimat agung berkumandang serata ceruk dunia, mengajak kita menjadi hamba yang berjaya. Bukan sekadar berjaya dalam satu bidang tertentu seperti dalam perniagaan dan pembelajaran, bahkan berjaya menjadi hambaNya yang diredhai.

Sudah tentu ada caranya, ada metodenya yang membawa kita ke arah kejayaan. Adapun caranya hendaklah belajar bagaimana menjadi hamba yang Dia terima. Seperti pangkat yang diterima oleh Saidatina Khadijah (radhiallahu anhum, wa radhuu anhu) Allah Taala redha pada mereka yakni hambaNya dan mereka pun redha terhadap Allah.

Fadkhuli fi ibaadi..wadkhuli jannati. Maka masuklah engkau ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.

4 comments:

  1. Insya Allah..damai selamanya walau apa pun ribut yang datang..

    ReplyDelete
  2. Insya Allah..damai selamanya walau apa pun ribut yang datang..

    ReplyDelete
  3. Insya Allah..damai selamanya walau apa pun ribut yang datang..

    ReplyDelete