Tuesday, September 29, 2015

Perkhemahan Unit Beruniform SK Beranang di Kem PLKN Millenium Beranang penuh meriah

BERANANG. Perkhemahan Unit Badan Beruniform melibatkan 80 orang murid selama 2 hari di Kem PLKN Beranang atau Kem Mellienium sangat meriah. Kem yang bermula pada 19 dan berakhir pada 20 September 2015 ini memberikan banyak pengajaran kepada murid terutamanya tentang cara hidup di hutan dengan menggunakan bahan alami untuk memasak.

Jutaan Terima Kasih tidak terhingga pihak sekolah ingin rakamkan kepada semua kakitangan dan pegawai PLKN yang telah menyumbang masa, tenaga, ilmu dan pengalaman kepada anak didik kami. Semoga program in dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang.



berita ini juga anda boleh dapati di laman https://www.facebook.com/Skberanang2015






















Tuesday, September 15, 2015

Cuti (Jerebu)

Menurut laporan dari laman media, semua sekolah di Negeri Selangor diberikan kebenaran untuk cuti pada 15 September 2015. Namun semua guru hadir bertugas seperti biasa.

Tuesday, September 8, 2015

Majlis Restu Ilmu

Buat kali terakhir, pesanan-pesanan disanpaikan, doa dibaca, amanah diberikan,redha dilepaskan, terima kasih diucapkan, mohon maaf diterima untuk calon UPSR SK Beranang 2015.

Friday, September 4, 2015

Buletin SK Beranang dalam bentuk PDF

Dapatkan sisipan Buletin skberanang secara percuma di sini KLIK

Solat Hajat Perdana UPSR

Khamis : 3 September 2015. Majlis Solat Hajat untuk mendoakan kecemerlangan UPSR SK Beranang. Seramai 90 orang calon UPSR dari sekolah ini akan menduduki peperiksaan minggu hadapan. Adalah dikatakan seramai 455,000 calon seluruh Malaysia.