Wednesday, June 29, 2016

Sistem SMS SK Beranang

Assalamualaikum wr wbt, Setiausaha PIBG telah membuat penghantaran SMS pagi ini kepada 241 nombor ibu bapa sebagai percubaan awal. Pihak sekolah bercadang menyampaikan berita terkini kepada ibubapa melalui sistem SMS.

Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu apakah esok ada program Koko atau tidak. Melalui sistem ini kita boleh mengetahui secara lebih cepat.

Sehingga jam 11.00, seramai 70 orang sudah menjawab bersetuju dengan sistem ini.

Untuk masa akan kami membuat kutipan untuk menampung kos modal SMS ini. Namun kini anda berhak mendapati berita secara percuma.

Ada cadangan supaya mewujudkan Group Whatsapp
======================================

Sistem ini untuk SMS sahaja,Whatsap tak bagus,kerana banyak tak bagus dari bagusnya.Sebab menimbulkan pelbagai masalah lain.Banyak sekolah yang sudah bubar. Ibubapa yang kurang hormat guru mngambil kesempatan untuk hentam dalam group.Menjatuhkan maruah guru yang mengajar anaknya. Sistem SMS ialah untuk menghantar berita, bukan untuk sesi perbincangan. Jadi, amat tepatlah jika mengguna sistem 1 hala.

No comments:

Post a Comment