Thursday, August 18, 2016

Motivasi dari PPD

BERANANG : 18 Ogos 2016. Bagi menyempurnakan titah ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Pn Norziah Md Amin telah mewakili Hj Mohd Jah untuk menyampaikan ucapan motivasi dan kesedaran kepada 94 orang calon UPSR Sk Beranang tahun 2016.

Dalam ucapan ini beliau telah meminta calon melukis kan gambar wajah sendiri, gambar kucing dan tuliskan apa yang mereka mahu dalam keputusan UPSR nanti.

Pelbagai interpretasi telah diberikan merujuk kepada hasil yang telah dilakukan oleh para calon semua. 


Thursday, August 11, 2016

Borang Rujuk Masalah

Untuk memudahkan urusan guru, ibu dan bapa yang tidak sempat datang ke sekolah, namun memerlukan anaknya diberi bimbingan, nasihat atau sebagainya, boleh lah mengisi borang ini untuk diterima oleh guru bimbingan.

Borang rujuk Murid/Anak, Sila klik di SINI