Sunday, July 5, 2020

Selamat Kembali ke sekolah


Pada 2 Julai 2020, guru-guru telah menyiapkan ruang kelas untuk kehadiran murid-murid.

 
15 Julai 2020, Murid-murid tahun 5 dan 6 akan kembali memasuki dunia persekolahan, manakala adik-adik tahun 1 hingga 4 akan masuk pada 22 Julai 2020

Wednesday, July 1, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah

1 Julai 2020l Hari ini anak-anak Pra Sekolah mulai kembali ke sekolah setelah 3 bulan berada dalam kurungan di rumah. Alhamdulillah, bencana Covid 19 kian pergi. Jumlah terakhir yang positif semalam ialah 6 orang. 

Usahakan, doakan, agar negara kita terus terhindar dari wabak bahaya ini dan anak-anak kembali ke sekolah seperti awal mulanya. 

Monday, June 15, 2020

Pertukaran PK Ko ke SK Saujana Impian (2)

 Berita mengejut warga sekolah terima semasa cuti PKP, Puan Zarinah Khalid, mantan PK Ko SK Beranang telah pun mendapat surat pertukaran tempat kerja di SK Saujana Impian sebagai PK Hal Ehwal Murid.

Jasa beliau melebihi 15 tahun di SK Beranang dalam membantu peningkatan akademik, kokurikulum, PIBG, sahsiah murid dan segala-galanya tidak dapat dihitung di sini jumlahnya. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk beliau sekeluarga. Selamat Maju Jaya

Dinding Antara Tanah Perkuburan Sudah pun diperbaiki

Tinjuan mendapati tembok yang runtuh semasa sebelum cuti persekolahan gara-gara Corona, sudah pun diperbaiki. PPD Daerah Hulu Langat telah pun menyediakan dana dan kini dinding tersebut telah pun sempurna diperbaiki.   

Buletin 6 2020 Unit Bimbingan dan Kaunseling


Sunday, April 12, 2020

BULETIN MUSIM CORONA

KECIL, tak nampak, HALUS, tak kelihatan, TAPI, boleh membunuh. Sama-sama kita  minta dijauhkan dari ujian akhir zaman ini.